Friday, September 4, 2009

Songkok (Hand Made)

Songkok digunakan dalam masyarakat malaysia dalam majlis-majlis rasmi, istiadat konvokasyen Diploma, perkahwinan serta semasa Hari Raya.
Pihak Khalis Prominance telah mengambil inisiatif dengan kepelbagaian penggunaan songkok bagi memudahkan semua pengguna mendapatkan bekalan serta tempahan mengikut citarasa sendiri. Pembuat songkok iaitu Hj. Abdullah Bin Lop merupakan penasihat syarikat dan pembuat songkok terkenal di perak. Hasil usaha beliau telah mendapat pengiktirafan daripada penduduk di sekeliling Parlimen Pasir Salak, Kg Gajah Perak.
Didalam bulan ramadan, kebanyakan pekan sehari dikawasan tersebut,Hj. Abdullah akan berniaga dan menjual secara terus hasil songkok tersebut kepada pelanggan dan penduduk setempat. Perniagaan ini telah diusahakan lebih 10 tahun dan pihak syarikat berbangga dapat meluaskan lagi pasaran songkok kepada masyarakat di Malaysia.





Pelbagai jenis rekabentuk, saiz dan warna lebai

Pelbagai saiz dan warna terban dan songkok


Menerima tempahan songkok dengan baldu 3 Crown


Menerima tempahan songkok tinggi dengan baldu 3 Crown

1 comments:

Naqiu said...

Assalamualaikum. Tumpang tanya, macam mana nak buat tempahan songkok. X urgent